Saturday, 22 August 2020

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

 

DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

E-FOLIO

TAJUK:

PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SUDAH MENJADI AMALAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA. BINCANGKAN PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA YANG BETUL.

 

 

Di sediakan oleh:

NAMA

NO.MATRIK

Nur Jannatul Najihah binti Ramli

30DLS19F1052

NurFarhana binti Zamri

30DLS19F1022

Nur Amira Syazwani binti Muhd Yazid

30DLS19F1050

Wan Noor Syakila binti Wan Mustafah

30DLS19F1028

Thanussha a/p Malarselvan

30DLS19F1014

 oh

Isi kandungan

1.    Pendahuluan

2.    Obejektif penulisan

3.    Isi penting

     ü Memupuk kesedaran dalam diri untuk menggunakan bahasa Malaysia dalam kehidupan harian.

     ü Melibatkan diri dalam bidang penulisan atau menghasilkan buku-buku berbahasa Melayu.

     ü Bertutur bahasa Melayu di dalam kelas.

     ü Memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.

     ü Mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan bahasa Melayu.

4.    Kesimpulan dan cadangan

5.    Lampiran

6.    Sumber rujukan


Pendahuluan

         Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia yang menjadi alat perhubungan antara semua rakyat yang tinggal di Malaysia. Sejak berpuluh tahun dahulu sudah dirasmikan iaitu dari tarikh keramat tanggal 31 Ogos 1957 sebagai titik permulaan. Jika dikaitkan dengan tamadun Melayu di rantau alam Melayu ini, maka bahasa Melayu telah menjadi asas kepada pembinaan dan pembentukan tamadun kerana Bahasa Melayu telah dikesan menjadi bahasa terawal dalam tamadun awal di rantau ini pada awal abad masihi. Namun, pada era globalisasi ini, penggunaan bahasa rojak sudah menjadi amalan di dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka lebih berminat untuk menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa Malaysia. Kini mereka juga lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah ianya digunakan dalam perbualan seharian. Media massa juga salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku pada masa ini kerana bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Mereka haruslah mengubah perspektif mereka dengan menjaga serta mengekalkan bahasa Malaysia daripada terhapus. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan pelajar dalam memartabatkan kembali bahasa Malaysia yang betul.

 

Objektif penulisan

         Antara objektif penulisan kami adalah kami dapat mengupas sedikit sebanyak peranan bagi memartabatkan bahasa Malaysia. Di samping itu, kami dapat menjelaskan dengan baik setiap peranan yang dikupas. Akhir sekali, kami dapat memudahkan masyarakat dan pelajar untuk memahami penerangan yang kami hujarkan. Oleh hal yang demikian, kami sedia maklum bahawa Bahasa rojak itu lebih mudah difahami tetapi adalah tidak salah jika semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya.

 

Isi-isi penting

          Peranan pelajar yang boleh diambil untuk memartabatkan kembali bahasa Malaysia ialah para pelajar haruslah memupuk kesedaran dalam diri untuk menggunakan bahasa Malaysia dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, mereka boleh menonton cerita atau mendengar lagu yang menggunakan bahasa Melayu asli seperti cerita yang ada pada zaman dahulu. Hal ini kerana, pada zaman dahulu mereka hanya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak bercampur bahasa. Dengan cara tersebut, mereka dapat mempelajari penggunaan bahasa Malaysia dengan tepat. Secara tidak langsung, para pelajar dapat berbual dengan menggunakan bahasa Malaysia dan bukannya bahasa rojak.

        Selain itu, kita sebagai pelajar perlu melibatkan diri dalam bidang penulisan atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan contoh atau panduan kepada golongan yang kurang berpendidikan tentang bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa, kebanyakan pelajar yang bukan berbangsa melayu kurang tentang penggunaan bahasa Melayu. Oleh itu, dengan adanya pelajar yang melibatkan diri untuk menghasilkan buku-buku maka pelajar yang bukan berbangsa melayu dapat menjadikan tersebut sebagai panduan malah kepada pelajar yang berbangsa melayu yang lain juga boleh dijadikan buku tersebut sebagai panduan. Jika dilihat dari sudut yang lain, pelajar yang melibatkan diri dalam bidang penulisan dapat melatih diri mereka dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam cara kita berkomunikasi kerana ia boleh mempengaruhi minda kita. Contohnya, melibatkan diri dalam pertandingan matapelajaran Bahasa Melayu seperti menghasilkan sajak dan mengarang cerita tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Dengan itu, penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat memartabatkan kembali di kalangan pelajar.

        Bukan itu sahaja, sebagai seorang pelajar yang berdedikasi harus memartabatkan kembali bahasa Malaysia ialah dengan bertutur bahasa Melayu di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, sekolah yang mempunyai pelajar berbilang bangsa juga dapat mendalami bahasa Malaysia dengan baik. Dengan ini, pelajar dapat memahami bahawa bahasa Malaysia perlu dijadikan amalan di kalangan rakyat Malaysia walaupun sudah tamat persekolahan.  Bahasa rojak di kalangan rakyat Malaysia tidak wajar kerana pelajar akan terpengaruh dengan bahasa yang tidak elok. Oleh itu, pelajar perlu menggunakan bahasa Malaysia iaitu bahasa Melayu bermulanya di dalam kelas semasa berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang lain mahupun cikgu-cikgu di sekolah.

          Di samping itu, peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, bahasa Malaysia adalah bahasa ibunda bagi warganegara Malaysia, dan mereka yang bukan warganegara mestilah pandai dalam bertutur bahasa Malaysia ketika berada di negara Malaysia walaupun kurang fasih dengan Bahasa Melayu. Tambahan pula, bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa utama untuk berkomunikasi antara satu sama lain seperti berkomunikasi bersama rakan-rakan, di tempat umum, dan di kedai makan. Sebagai contoh, di negara Jepun mereka sangat menekankan penggunaan Bahasa mereka berbanding bahasa Inggeris sehingga sekarang dan mereka telah berjaya membangunkan negara mereka dengan penggunaan bahasa tanah air mereka sendiri. Dengan berbuat demikian, kami percaya negara Malaysia dapat meningkatkan penggunaan Bahasa melayu di kalangan pelajar antarabangsa dan pelajar yang sering menggunakan bahasa rojak dalam perbualan mereka, secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negara kita sehingga di persada dunia.

        Akhir sekali, para pelajar perlulah mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

 

Kesimpulan

         Kesimpulannya, kita perlu memartabatkan bahasa Malaysia agar tidak ditelan zaman bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh itu, sejak kecil kita perlu dididik dan diberikan kesedaran bahawa pentingnya bahasa Malaysia dalam negara kita. Hal ini demikian kerana, generasi muda seperti pelajar sekolah lebih menghargai bahasa kebangsaan Malaysia apabila mengetahui kelebihan dalam memartabatkan bahasa ibunda kita. Kita juga boleh menerapkan ilmu ini sebagai seorang rakyat malaysia yang mencintai negara. Antara cadangan pertama yang dapat kami lontarkan adalah melantik seorang pengawas bahasa di setiap sekolah bagi menyaman pelajar dengan harga bernilai RM10 jika mereka menggunakan bahasa rojak. Cadangan yang kedua adalah menggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di serantau Malaysia supaya dengan cara ini kita dapat menaikkan bahasa ibunda kita. Cadangan yang terakhir adalah memberi anugerah kepada mereka yang berjaya membangunkan bahasa Malaysia di antara negara luar.

 Lampiran 1

 

 

Contoh dialog dibah dan minah dalam bahasa rojak.

Dibah: Wahh, awak sangat terror la dalam bidang Matematik. Saya ni selalu fail matematik. Awak ada beberapa tips tak untuk saya lebih pandai in subject ni?

Minah: Eah, boleh sangat. Saya akan bagi tips yang sangat easy untuk awak. Awak perlu do math exercise supaya lebih banyak skill dalam mengira.

Dibah: Ouh macam itu, tomorrow saya akan start. Thank Minah.


Sumber rujukan

1.   http://katrinahl.blogspot.com/2014/09/langkah-langkah-untuk-memartabatkan.html

2.   https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak

3.   https://www.google.com/search?q=contoh+perbualan+bahasa+rojak&tbm=isch&ved=2ahUKEwijjcKJ4K7rAhWNHbcAHZBVDWkQ2-cCegQIABAA 

       LINK E-BOOK KAMI  ( https://flipbookpdf.net/web/site/4f693ed00690f14ab658be17347c09d8480af48b202009.pdf.html )


a;


No comments:

Post a Comment

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

  DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM E-FOLIO TAJUK: PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SUDAH MENJADI AMALAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA. BIN...